Exercise yang sesuai untuk sakit belakang


Sakit belakang boleh sahaja terjadi atas beberapa sebab. Antaranya, boleh terjadi akibat pernah mengalami kemalangan pada masa lalu, pernah jatuh terduduk atau terhentak kuat pada punggung atau tulang belakang, kegemukkan, tulang berkalih ataupun sendi tulang belakang mengami masalah kurang bendalir  dan beberapa sebab perubatan yang lain lagi seperti suntikan pada si ibu yang menjalani pembedahan sewaktu kelahiran anaknya.

Faktor-faktor inilah sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan terhadap belakang badan anda. Biasanya ia dialami dari kawasan sekitar pinggang belakang dan mungkin menarik hingga ke kaki. Dan sakitnya boleh jadi menjengah dengan kerap ataupun sekali sekala sahaja. 

Apa-apa pun selain rawatan dengan pakar perubatan, kita juga disarankan untuk menjaga permakanan dan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Ia turut membantu anda mengurangkan kesakitan yang dialami.


Antara aktiviti gaya hidup sihat adalah seperti:-
  • berjalan secara santai sekurang-kurangnya 2km, 3kali seminggu
  • duduk dalam posisi yang betul
  • elakkan duduk terlalu lama, sekurang-kurangnya anda perlu berdiri atau berjalan selang 1 atau 2jam selepas duduk
  • elakkan mengangkat barang yang telalu berat secara sendiri, sebainya mohon pertolongan dari rakan yang hampir
  • elakkan kebiasaan mengendung beg yang berat, sebab ia turut memberi tekanan kepada belakang badan anda
  • lakukan sekurang-kurangnya 3 aktiviti dibawah setiap hari sebanyak 15-30 ulangan untuk permulaan.

Anda hanya perlu berdiri tegak, naikkan sebelah kaki pada bangku atau sesuatu yang lebih tinggi sedikit lalu capaikan tangan ke kaki tersebut secara bersilang.
Kaki kanan dibangku, tangan kiri yang mencapainya.
Bergitu jua yang berikutnya.


Bongkokkan badan seperti merangkak. Keluarkan sebelah tangan kehadapan dan kaki kiri kebelakang. Anda perlu lakukannya secara berselang-seli antara kiri dan kanan.

Anda hanya perlu berbaring dan membengkokan sebelah kaki. Sebelah kaki lagi dinaikkan ke atas kaki lagi satu. Bawa/tarik kedua-dua kaki tersebut rapat ke dada secara perlahan-lahan. Lakukan secara berulang sebanyak sekurang-kurangnya 15 kali kemudian tukar kaki yang berlainan.


Bongkokkan badan seperti merangkak. Anda hanya perlu naikkan badan seperti bonggol unta iaitu keatas dan kebawah secara berselang-seli. 

Baring dengan kedua-dua kaki dibengkokkan sekitar 45' darjah. Gerakkan naik bahagian perut anda keatas kemudian kebawah sperti biasa secara berselang seli.

Anda perlu berbaring dalam keadaan seperti mahu melakukan sit up. Gerakkan anggota bagahian kepala dan bahu kehadapan secara separa (tak perlu sampai ke kaki).

Seperti mahu melakukan tekan tubi, anda hanya perlu berbaring terus ke atas lantai. Tangan disisi secara bengkok siku dilantai. Kemudian anda perlu lurskan tangan dan naikkan anggota atas badan (kepala hingga pinggang sahaja). Lakukan secara selang seli.

Dalam posisi mengiring, hanya siku ke bawah sahaja yang berada diatas lantai serta kaki. kemudian naikkan sedikit punggung dengan siku dan kaki menyokong badan. Tahan untuk beberapa saat sebelum kembali ke posisi asal.





PESANAN

*Aktiviti ini anda perlu lakukan secara berperingkat-peringkat iaitu dari ulangan nombor kecil kepada ulangan nombor besar minggu atau bulan berikutnya.

* Lakukan mengikut tahap keupayaan dii anda sendiri. Tak perlu paksa jika tidak boleh lakukan.

* Pastikan anda mengambil ciri-ciri keselamatan semasa melakukan seperti kawasan mestilah rata dan selesa serta redup. 





Untuk mengelakkan anda dari terus mengalami kesakitan dibahagian belakang, saya sarankan agar anda mengamalkan pemakanan vitamin sebagai makanan tambahan yang membantu mengurangkan kesakitan.

Antaranya, anda boleh dapatkan

  • OSTEMATRIX sebagai vitamin yang mencukupkan keperluan tubuh dengan kalsium, magesium, dan kalium. 
  • LECITHIN yang banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk mengurangkan ketegangan terhadap otot belakang badan anda.


Sebarang maklumat dan konsultasi boleh hubungi saya di:-
watsap/mesej :- 013.8529039
FB :- Haida Hashim
iG :- Haida Hashim
email :- aeizurashop@gmail.com










Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM